Pages

  • Home
  • Kecantikan
  • Kesihatan
  • Pakej VIP
  • Contact Us
test
Forever Living Aloe Vera By Yuslina
  • Home
  • Contact us
  • Kecantikan
  • Kesihatan
  • Pakej VIP
  • Dairy
    • Dairy 2025
    • Dairy 2024
    • Dairy 2023
    • Dairy 2022
    • Dairy 2021
  • Set
  • GEP

 


1.ALOE VERA GEL

👉Membantu sistem penghadaman,meningkatkan imun badan dan meningkatkan penyerapan Nutrient.

2.FOREVER FIBRE

👉Membekalkan serat/fibre kepada badan tanpa kalori dan 100% semulajadi.

3.FOREVER SOY LITE ULTRA

👉Terdapat 2 perisa,Vanilla dan Coklat.Minuman protein untuk membina otot dan membantu semasa anda sedang diet.

4.FOREVER BEE POLLEN

👉Hasil lebah ini datang dari debunga yang melekat pada kantung lebah.Membekalkan anda tenaga seperti lebah.

5.FOREVER BEE PROPOLIS

👉Ini juga merupakan salah 1 daripada hasil lebah.Getah lebah ini terhasil daripada enzim di dalam perut lebah dengan getah pokok.Digunakan sebagai antibiotik,antiviral semulajadi.

6.FOREVER ROYAL JELLY

👉Jeli Raja ini adalah makanan bagi ratu lebah.Kaya dengan Vitamin B dan sangat sesuai bagi wanita yang merupakan ratu bagi keluarga anda.

7.FOREVER FIELD OF GREEN

👉Anda kurang makan sayuran hijau?Boleh dapatkan FOG ni bagi membekalkan nutrient yang kurang.Sangat sesuai bagi mereka yang sembelit.

8.ALOE VERA GELLY

👉Sapuan aloe vera yang baik sebagai First Aid Kit di rumah.Sesuai untuk luka ringan dan melecur.

9.ALOE MASSAGE LOTION

👉Lenguh-lenguh otot sebab bersukan atau aktiviti berkebun?Jom gunakan aloe massage lotion ini.

10.FOREVER BRIGHT TOOTHGEL

👉Tukarkan ubat gigi berflorida anda kepada ubat gigi bebas florida ini.Terdapat khasiat propolis bagi melawan bakteria dalam mulut dan menyihatkan gusi.

#foreverlivingmalaysia

#foreverlivingproduk

0
Share


1. Melakukan senaman

Melakukan senaman dengan lebih kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin. Dengan senaman juga, ia dapat membantu otot menggunakan gula dalam darah dengan betul. Antara bentuk senaman yang boleh dilakukan seperti angkat berat, berjalan, berlari, berbasikal, menari, mendaki, berenang dan lain-lain.
.
2. Kawal pengambilan karbohidrat

Badan akan memecahkan karbohidrat ke dalam gula (glukosa) dan kemudian insulin memindahkan gula menjadi sel. Apabila anda makan terlalu banyak karbohidrat, tapi mempunyai masalah dengan insulin, ia dapat meningkatkan glukosa dalam darah. Oleh sebab itu, Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan pesakit diabetes supaya mengawal pengambilan karbohidrat.
.
3. Meningkatkan pengambilan serat

Serat melambatkan pencernaan karbohidrat dan penyerapan gula. Atas sebab itu, ia mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin.  Pengambilan serat harian yang disyorkan sebanyak 25 gram untuk wanita dan 38 gram bagi lelaki.
.
4. Minum banyak air dan kekal hidrasi

Minum air yang cukup boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan buah pinggang boleh mengalirkan gula yang berlebihan melalui air kencing. Kajian menunjukkan, mereka yang minum banyak air masak mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap diabetes.
.
5. Kawal pengambilan makanan

Paling penting adalah mengawal pengambilan kalori setiap hari dengan mengambil saiz hidangan yang lebih kecil.
.
6. Pilih makanan yang kurang Glycemic Index

Glycemic index ini bertujuan menilai tindak balas gula dalam badan terhadap makanan yang mengandungi karbohidrat. Makanan yang mengandungi glycemix index yang rendah dapat mengurangkan tahap gula dalam darah mengikut jangka masa panjang. Contohnya: makanan laut, daging, telur,gandum, barli, kacang, ubi, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.
.
7. Kawal stress dan dapatkan tidur yang mencukupi

Tekanan boleh menjejaskan paras gula. Yoga dan meditasi dapat mengurangkan stress dan membetulkan masalah rembesan insulin terhadap pesakit kencing manis kronik. Selain itu, mendapatkan tidur yang cukup juga penting bagi memastikan kesihatan tetap terkawal dengan sempurna. Jadi, adalah lebih baik untuk mendapatkan jumlah tidur yang berkualiti setiap malam.
.
8. Pantau tahap gula dalam darah

Sentiasa ukur dan pantau tahap glukosa darah. Dari situ, anda boleh mengetahui penyesuaian dalam makanan dan ubat-ubatan.
.
9. Mengamalkan makanan yang kaya magnesium dan kromium

Diabetes juga dikaitkan dengan kekurangan mikronutrien seperti kromium, mineral dan magnesium. Dua kajian pesakit kencing manis menunjukkan, kromium mempunyai manfaat bagi mengawal gula dalam darah. 
 
Manakala, kelebihan magnesium pula menunjukkan paras gula rendah. Sebab itu, jika kekurangan magnesium risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes. Makanan kaya magnesium seperti sayuran berdaun gelap, bijirin penuh, ikan, coklat, pisang, alpukat dan kekacang.
.
10. Turunkan berat badan

Untuk mencegah diabetes, anda harus menurunkan berat badan supaya masalah itu dapat diatasi pada masa hadapan. Malah ia lebih berfungsi berbanding makan ubat.
.
Makanan yang perlu dielakkan pesakit diabetes

- Semua jenis gula, minuman berkarbonat, kordial, sirap, jem, kaya,kuih manis, aiskrim, susu pekat manis, yogurt manis, buah dalam tin, jeli dan lain-lain.
.
Makanan yang boleh diambil mengikut sukatan

- Bijirin, nasi, roti, biskut, kuih yang tidak manis, semua jenis pasta dan mi, capati, roti canai, tosai, semua jenis ubi, kekacang, susu dan buah-buahan.
.
Makanan yang boleh diambil secara bebas

- Semua jenis sayur-sayuran, lobak merah, lobak putih, labu, teh cina, air kosong, barli tanpa gula, kopi dan teh tanpa gula, rempah ratus dan herba, semua daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, tauhu, ikan, telur dan ikan bilis.
.
#HealthDrZubaidi

Sumber : Dr. Zubaidi
0
Share



Resdung saya sangat mengganggu dalam kehidupan seharian. 3-4 tahun lepas, balik ke kampung sahaja saya akan mula bersin sehingga hampir demam.

Rutin untuk saya balik ke kampung jenguk mak ayah jadi terganggu sebab rasa tidak selesa dengan resdung.

Banyak ikhtiar yang saya cuba seperti Air purifier, essential oil, air humidifier, vacuum bilik, cuci cadar dan langsir, jemur bantal dan macam-macam lagi, alhamdulillah membantu dalam 10% dari biasa. Tapi ia tidak merawat punca sebenar resdung.

Punca yang saya tidak rawat adalah dari badan saya sendiri. Kita boleh rawat simptom dengan membeli ubat antihistamin di farmasi, tetapi resdung tidak akan berkurangan, cuma supress sahaja.

Punca yang saya rawat adalah daripada sistem pencernaan makanan iaitu usus dan sistem darah putih yang mengeluarkan histamin sebagai imun badan.

Supplement yang saya ambil adalah supplement yang diiktiraf oleh Halal, KKM dan badan-badan antarabangsa yang lain. Ianya bukan supplement lambakan atau timbang kilo yang mudah kita dapati dari kilang-kilang OEM.

Supplement yang saya ambil adalah FOREVER LIVING ALOE VERA GEL (Minuman Aloe Vera) dan FOREVER BEE PROPOLIS (Getah Lebah)
 

 

0
Share


Macam-macamlah, serba tidak kena.

Yang badan gemuk nak kurus.  Yang kurus nak gemuk pula.  Hehehehe

Yang gemuk nak kurus tu dah ramai.  Kita macam tak sedar ada juga orang yang hendak gemuk.  Ok, bukan nak gemuk, tetapi nak berisi sedikit.  Sebabnya nak nampakkan dia sihat.  Memang ada individu yang terlalu kecut (opps maaf, terlalu kecil) tubuhnya sampaikan dia perlukan span (opss silap lagi... bukan span, tp isi).


Makan dah banyak, tapi tak juga naik tubuh tu.  Mengapa ye?

ada dua sebab utama

pertama, kadar metabolisma yang tinggi.  makanan yang diambil ditukarkan oleh tubuh menjadi tenaga dengan cepat. Contohnya, ada individu yang bekerja dalam bilik berhawa dingin yang sangat sejuk.  Individu begini perlukan tenaga berlebihan untuk pembakaran lemak untuk mengurangkan kadar otot dan sendi menggigil.  Jadi, tubuh orang sebegini menjadi bermetabolisma tinggi secara semula jadi. Apabila dia mengambil makanan, smua makanannya ditukarkan dalam bentuk tenaga sebelum sempat berlakunya penyerapan nutrisi.

sebab kedua, dah memang individu terkurus itu mengambil hanya seddiit makanan.  Sebabnya, kantung perutnya kecil cuma.  kantung yang kecut, tidak mengembang seperti biasa dan saiznya tidak dapat menampung makanan yang banyak.  Individu jenis ini akan cepat terasa kenyang apabila makan.  Jadi, dia tidak dapat kalori mencukupi utk tubuhnya.  Sepatutnya kita perlu mengambil makanan dalam jumlah kalori yang tertentu.  Dengan pengambilan makanan yang tidak mencukupi, makanan yang diambil, dipenuhi dahulu untuk tujuan pembakaran kalori, maka nutrien yang tinggal juga tidak mencukupi untuk pembinaan tubuh.


Kasihan ya orang yang begini, masalahnya juga banyak...

Pertama, golongan ini terdedah kepada masalah tekanan darah rendah.

kedua, mereka juga terdedah dengan masalah osteoporosis atau pereputan tulang.  Yelah tinggal tulang je, tulang pon tak kuat.  Ok, disebabkan kekurangan penyerapan nutrien, tulang-tulang tidak mendapat kalsium yang cukup.  Apabila kalsium kurang, tulang mudah reput.  Jangan terkejut mereka ini selalu saja patah sana sini atau sikit-sikit terkehel.


Ketiga, Mereka yang kurang makan sudah tentulah cepat lesu.  Nampakpun lesu.  Kerja sikit dah tak larat.  (tapi orang yang metaboisma tinggi lain halnya... mereka mmg kuat. kuat tapi nampak lesu juga sebab kehilangan nutrien untuk pembakaran kalori) huhuhuu


Keempat, masalah kolestrol yang tinggi.

wow! kurus ada kolestrol? Ya, disebabkan orang yang kurus ini fikir dia kurang lemak, mereka cenderung mengambil makanan berlemak seperti makanan segera, makanan proses semula dan seumpamanya... ini menyebabkan kadar penyimpanan lemak tinggi.

Nutrisi lemak tidak dapat diserap dengan cepat oleh tubuh walaupun ia seorang yang bermetabolisme tinggi.  tubuh orang yang bermetabolisme tinggi mengambil nutrien makanan yang mudah terura dahulu seperti vitamin dan mineral.  Lemak pula tersimpan tidak digunakan tubuh.  Sebab itulah kadang-kadang orang kurus, kolestrolnya lebih tinggi berbanding orang bertubuh biasa.  Apa yang lebih bahaya, kolestrol ini menyumbat salur darah.  Kolestrol juga boleh berkumpul pada jantung, hati dan organ penting.  Apabila penyumbatan berlaku, berlakulah serangan jantung, strok dan sebagainya.  Pembunuh senyap!  Sungguh mengerikan.

Kelima, masalah kurang daya tahan.  disebabkan penyerapan nutrien lemah, maka penghasilan antibodi bagi melawan virus dan antigen itu menjadi rendah.  Sebab itulah mereka yang terlalu kurus ini jika sakit, lambat pulihnya.  So, jangan sampai jatuh sakit ye...

Keenam, masalah kesuburan.  Ya.  secara kasarnya, udah kurang zat makanan, bagaimana nak tempatkan nutrien untuk orang baru?  Jadi, buatlah sesuatu agar masalah kurus dan kurang nutrien itu dapat diatasi.

ketujuh, masalah rambut gugur.  Ya, boleh jadilah masalah ini berlaku.  Sebabnya rambut tidak cukup nutrien.  Bukan sahaja rambut, kuku juga jadi nipis.  Kulit juga jadi lesu, kering dan kendur.  Ah, macam-macamlah masalah orang bertubuh kurus ni kan...


Bagaimana nak atasi ye...

1. Ambillah makanan tambahan.  Ok, pilihlah aloevera FLP.  Ia dapat mencuci usus daripada kekotoran yang melekat di usus selama ini.  Apabila usus bersih, ia membantu penyerapan nutrisi penting ke seluruh tubuh.  Makanan yang anda makan akan dimanfaatkan oleh tubuh.  yeah, jangan telan racun udahlerrr...

 pengambilan aloevera Gel bersama articsea ini membantu anda mencuci usus.  Ia detox tubuh kita menjadikan usus lebih efektif dalam penyerapan nutrisi ke seluruh tubuh.
Aloevera bukan saja menyucikan usus, tetapi juga mempertahankan usus daripada bahan toksin yang bahaya pada tubuh.  

2. Ambil omega 3.  Ia dapat mencuci salur darah dengan mencairkan kolestrol, mencuci salur darah serta meningkatkan kelancaran perjalanan darah.  Apabila salur darah bersih, perjalanannya ke seluruh tubuh lancar.  oksigen juga dapat dijana dengan baik. oksigen cukup, kita akan cergas.  tubuh akan lebih cergas.
 

 



3.  Ambil susu.  Pilihlah susu yang boleh memberi tenaga yang mencukupi atau boleh manggantikan makanan jika kita tak sempat makan.


 Susu Foreverlite Ultra sangat bagus untuk orang yang mahu menambah berat badan.  Bezanya, orang yang mahu gemuk, minum sebelum makan untuk efek kenyang.  Sebaliknya orang yang kurus, ambil susu ultra ni selepas makan untuk menambah nutrisi kepada makanan yang diambil. 
 

 

Ok, kepada individu yang dah cuba macam-macam... cubalah pula FLP.  Mungkin selama ini, makan apa pon tak 'jalan' ... sebabnya, ada masalah dengan usus berkeladak.... maka, laoeveragel ini akan membersihkan keladak usus anda.  Bagai orang nak bagi rumah cantik, tangok ada banyak kotor sana sini dekat dalam rumah, pastu masukkan perabot mahal, cat cantik-cantik... tapi... rumah tetap tak berseri sebab masih ada kekotoran sana sini.  Apa yang penting, kita perlu lakukan langkah yang utama (bersihkan usus), sebelum melakukan perkara yang penting (ambil makanan tambahan yang berkualiti dan berkesan).


0
Share

 

PENYAKIT KEGAGALAN BUAH PINGGANG KRONIK

.

Dalam penyakit buah pinggang kronik (CKD), fungsi buah pinggang secara beransur-ansur menurun dari bulan ke tahun. Pada peringkat awal CKD, kebanyakan pesakit tiada gejala kerana badan mereka sudah biasa dengan gangguan metabolik yang berkembang dari masa ke masa. Apabila fungsi buah pinggang terjejas dengan teruk terjejas, gejala akibat pengumpulan toksin dan cecair mula timbul.


Apakah tanda-tanda penyakit buah pinggang kronik?


Gejala CKD kronik berbeza-beza dan bergantung kepada keparahan kerosakan buah pinggang. CKD dibahagikan kepada lima tahap/peringkat berdasarkan tahap fungsi buah pinggang atau kadar penapisan glomerular. Kadar penapisan glomerular boleh dianggarkan dari paras darah kreatinin dan biasanya melebihi 90 ml / min.


TAHAP KEGAGALAN BUAH PINGGANG


1. CKD Tahap 1 (fungsi buah pinggang 90-100%)


Dalam Tahap 1 CKD, kadar penapisan glomerular lebih tinggi daripada 90 ml/min/1.73m2 tetapi terdapat keabnormalan makmal seperti protein dalam air kencing; bukti kerosakan struktur kepada buah pinggang pada x-ray, ultrasound, MRI, atau CT scan; atau sejarah keluarga penyakit buah pinggang polikistik. Pesakit biasanya tidak gejala.


2. CKD Tahap 2 (fungsi buah pinggang 60-89%)


Dalam Tahap 2 atau CKD ringan, kadar penapisan glomerular adalah 60 - 89 ml/min/1.73m2. Pesakit biasanya tiada gejala tetapi sesetengahnya mungkin mengadu kencing kerap terutama pada waktu malam, tekanan darah tinggi, keabnormalan air kencing dalam urinalisis dengan kreatinin serum normal atau sedikit tinggi.


3. CKD Tahap 3(fungsi buah pinggang 30-59%)


Di tahap 3 atau CKD sederhana, kadar penapisan glomerular ialah 30-59 ml/min/1.73m2. Pesakit mungkin masih tiada gejala atau mengalami gejala ringan. Mungkin terdapat keabnormalan air kencing dan peningkatan serum kreatinin.


4. CKD Tahap 4 (fungsi buah pinggang 15-29%)


Di tahap 4 CKD, kadar penapisan glomerular ialah 15-29 ml/min/1.73m2. Gejala mungkin ringan dan tidak spesifik, atau sangat teruk, bergantung kepada asas-asas punca kegagalan buah pinggang dan penyakit yang berkaitan.


5. CKD Tahap 5 (fungsi buah pinggang kurang daripada 15%)


Peringkat 5 adalah CKD yang sangat teruk dengan kadar penapisan glomerular <15 ml/min/1.73m2. Juga dikenali sebagai penyakit buah pinggang tahap akhir (ESKD), kebanyakan pesakit akan memerlukan dialisis atau pemindahan buah pinggang pada tahap ini. Gejala mungkin berbeza dari sederhana hingga teruk, dengan komplikasi yang mengancam nyawa.


Tanda dan gejala kegagalan buah pinggang semakin meningkat dan kebanyakan pesakit memerlukan pemindahan dialisis atau pemindahan buah pinggang.


GEJALA PENYAKIT BUAH PINGGANG


1. Kehilangan selera, mual dan muntah.


2. Kelemahan, keletihan dan penurunan berat badan.


3. Bengkak pada bahagian bawah kaki (edema).


4. Bengkak muka atau keliling mata terutama pada waktu pagi.


5. Tekanan darah tinggi, terutamanya jika teruk, tidak terkawal atau individu muda.


6. Pucat.


7. Masalah tidur, kurang tumpuan dan pening.


8. Gatal-gatal, kekejangan otot


9. Kesakitan pada bahagian pinggang.


10. Air kencing berlebihan terutamanya pada waktu malam (nocturia).


11. Tulang sakit dan patah tulang pada orang dewasa dan pertumbuhan terencat pada kanak-kanak.


12. Penurunan keinginan seksual dan masalah ereksi pada lelaki dan gangguan haid pada wanita.

 
 

FAKTOR RISIKO DAN GEJALA PENYAKIT BUAH PINGGANG

.

Kegagalan buah pinggang berlaku apabila buah pinggang tidak dapat menapis darah dengan cekap. Apabila bahan buangan berada lama dalam badan, ia akan menyebabkan pelbagai komplikasi perubatan, yang akhirnya boleh membawa maut. Gejala fizikal termasuk masalah keletihan, loya, dan masalah kencing. Gejala-gejala lain termasuk kesukaran dalam menumpukan perhatian, masalah pernafasan, kulit gatal, mati pucuk, serta bengkak pada pergelangan kaki, kaki, dan tangan.

.

Terdapat pelbagai punca kegagalan buah pinggang kronik. Ia boleh disebabkan oleh faktor genetik. Tetapi kebiasaanya penyakit buah pinggang berpunca daripada diabetes (kencing manis) dan hypertension (tekanan darah tinggi). Kedua-dua keadaan ini boleh memusnahkan buah pinggang kerana buah pinggang terpaksa berusaha keras untuk menghilangkan sisa pepejal.


KOMPLIKASI KEGAGALAN BUAH PINGGANG

.
Terdapat beberapa komplikasi yang dihadapi oleh pesakit ini. Ianya adalah:
.
1. Anemia: Pesakit boleh dirawat dengan menggunakan ubat yang menggalakkan penghasilan sel darah merah

2. Kurang kalsium: Pesakit ini selalunya akan diberi kalsium

3. Terlebih air (fluid overload): Dirawat dengan menggunakan ubat ‘loop diuretics’

4. Metabolic acidosis: Dirawat dengan menggunakan suplement alkali yang diambil secara makan. Jika pH darah terlampau asid, pesakit mungkin akan disuruh untuk melakukan dialysis
.
RAWATAN
.
A) TERAPI PENGGANTIAN BUAH PINGGANG (RENAL REPLACEMENT THERAPY)
.
Terdapat beberapa jenis terapi penggantian fungsi buah pinggang. Secara asasnya rawatan ini adalah untuk menggantikan fungsi buah pinggang yang telah rosak. 2 jenis terapi ini adalah:

1. Peritoneal dialisis: Memasukkan air khas ke dalam bahagian abdomen dan membenarkan pertukaran bahan toksik ke dalam air tersebut. Kemudian air itu dikeluarkan semula daripada bahagian abdomen
.
2. Hemodialysis: Darah dikeluarkan daripada badan dan dimasukkan ke dalam satu mesin supaya bahan buangan daripada darah tersebut seperti urea dan kreatinine dapat dikeluarkan. Kemudian darah tersebut akan disalurkan semula ke dalam saluran darah.
.
B) PEMAKANAN
.
Pesakit buah pinggang mempunyai beberapa pantang larang dalam mengambil makanan. Pertamanya pesakit kencing manis tidak digalakkan mengambil protein secara berlebihan. Ini kerana penguraiannya akan menghasilkan creatinine dan juga urea. Pengambilan protein yang banyak akan meningkatkan penghasilan kreatinine dan urea menyebabkan buah pinggang pesakit terbeban. Oleh itu, kurangkan pengambilan protein bagi pesakit yang mempuyai kegagalan buah pinggang
.
Kedua, kurangkan pengambilan garam. Ini kerana pengambilan garam yang berlebihan akan meningkatkan tekanan darah tinggi dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang semakin teruk.
.
#HealthDrZubaidi



0
Share
saya nak tunjukkan disini testimoni kami (saya dan rakan2) yang consume produk FL daripada supplement sehingga skincare. memang sangat-sangat teruja dan suka sekali dengan perubahan yang berlaku. sebab ramai yang tegur kulit makin berseri dan cantik.

diusia saya telah mencecah 42 tahun saya sangat menitip beratkan kepada pemakanan harian saya sebab itu saya sering mengingatkan kepada orang disekeliling dan keluarga supaya menjaga kesihatan.

ini antara beberapa gambar rakan-rakan saya  yang telah menggunakan produk FL tanpa was-was






wanita mana yang tidak ingin cantik dan menarik kan? tepuk dada tanya selera... sebelum ini saya memang banyak menggunakan skincare lain sebelum ini dan memang cantik tetapi dalaman saya tidak jaga. selepas saya menggunakan supplement FL ini saya dapat rasakan perbezaannya.

antara perbezaan ketara adalah saya tidak lagi rasa lesu dan sentiasa bertenaga, pembuangan saya lancar dan setiap hari saya membuang. saya dapat rasa bukan kulit muka je rasa cerah dan glowing tetapi seluruh badan saya rasa putih dan tidak kusam. 

paling saya teruja adalah suami juga melihat perubahan saya dari seorang yang lesu kepada bertenaga serta cantik berseri... hehehehe

so korang jangan la hanya menjaga luaran sahaja tanpa menjaga dalaman kita, kerana jika kita sakit satu rumah akan bermasalah kerana kita kekuatan keluarga. kalau kita sakit sape nak jaga suami dan anak2? dan sape juga nak jaga diri kita? so beringatlah sebelum kita sakit jagalah kesihatan kita, jagalah pemakanan kita dengan sempurna.
0
Share


Testimoni rawatan ibu Ayu yg lepas:
cuba ambil mengikut saranan prof aziz ni. 👇👇👇
*Saranan untuk yang ada diabetes* by Prof Dr Aziz USM

🌕Apa yg Prof sarankan..waktu pagi, slps Subuh tu...sekitar 6.15 - 6.30  ambil Forever Bee  Honey dlm 1 sudu

SEBELUM nk makan ubat kencing manis atau cucuk insulin ambil dulu👇👇

Avg - 200ml
Susu Foreverlite - 1 scoop shake dgn air masak 300ml
Artic Sea - 2 biji
Bee Propolis - 3 biji

*selang 20 minit, baru mkn ubat kencing manis/cucuk, 
Dan selang 20 minit, ambil breakfast


🌞Tghari : mkn ubat kencing manis/cucuk insulin dulu, selang 20 minit baru ambil lunch..

Nasi suku pinggan jer, bykkan ambil ikan,sayur2, ulam. Sblm mkn nasi, hirup sup dulu semangkuk. Lps hirup sup, ambil buah2/sayur2an last sekali baru nasi + ikan.


🌚Malam...ulang balik yg belah pagi tu...start kul 7 mlm tu👇

Avg - 200ml
Susu Foreverlite - 1 scoop shake dgn air masak 300ml
Artic Sea - 2 biji
Bee Propolis - 3 biji

*selang 20 minit, baru mkn ubat kencing manis/cucuk, 
Selang 20 minit, ambil dinner

🌑Ambil dinner kalau boleh elak nasi...elak..kalau takleh ambil nasi suku pinggan jer
0
Share



• menggalakkan kesihatan saluran kencing
• menyokong organ pembiakan yang sihat
• membekalkan sokongan nutrisi untuk keseimbangan hormon
• mengekalkan kesihatan keseluruhan wanita dan melambatkan kesan penuaan semulajadi
• direka khusus untuk keperluan khas kaum wanita

Kandungan Vitolize Women:-

  • serbuk epal    : epal mengandungi procyanidins yang telah ditemui untuk mendorong ketenangan vaskular dan mengawal berat badan. 
  • passion flower : telah terbukti mempunyai kesan anti-keresahan 
  • beri schizandra : adaptogen ini adalah tumbuh-tumbuhan yang memberi kesan perlindungan dan membantu meningkatkan tumpuan dan ketahanan 
  • serbuk kranberi : kajian mendapati serbuk kranberi membantu menyokong tisu di dalam mulut dan melindungi saluran kencing dari karsinogen 
  • zat besi : kekurangan oksigen kepada sel-sel menyebabkan keletihan dan menurunkan imuniti 
  • magnesium : diperlukan untuk lebih dari 300 reaksi biokimia dalam badan 
  • kalsium : diperlukan untuk otot dan imun fungsi saraf dan hormon serta kesihatan tulang. tulang akan menjadi lembut selepas usia 30 
  • vitamin C : Membantu untuk melindungi daripada radikal bebas dan membentukan kolagen dalam badan 
  • vitamin E : membantu untuk melawan radikal bebas dan yang putus haid. kekurangan vitamin E boleh menyebabkan premature birth atau kelahiran pra-matang 
  • vitamin B6 : diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan saraf, otak dan kulit yang betul 
  • vitamin B12 : diperlukan untuk sel-sel darah yang sihat dan membantu untuk menghalang penurunan kognitif, kekurangan boleh menyebabkan keletihan, anemia, sembelit dan kekeliruan
  • asid folid : diperlukan untuk membuat DNA dan RNA dan membantu untuk menghasilkan dan mengekalkan sel-sel darah merah yang sihat


Vitolize Women baik untk
• kesuburan
• kesihatan serviks dan rahim
• kanser serviks dan rahim
• menopause atau putus haid
• stress dan keletihan
• ibu mengandung
• kulit yang sihat

0
Share
Newer Posts Older Posts Home

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • google
  • youtube
  • pinterest
  • Instagram
  • Blog

Popular Posts

  • KENAPA OMEGA 3 PLUS SOFTGEL
    KENAPA OMEGA 3 PLUS SOFTGEL !!!! 🤔 👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇 Apa Kelebihan OMEGA 3 PLUS.SOFTGEL? *** . Forever Omega 3 Plus Softgel  memb...
  • Kenapa semakin ramai orang minum Aloe Vera Gel dari Forever Living?
      Selepas saya cari maklumat tentang Aloe Vera Gel, saya dapati bahawa Aloe Vera Gel memang ada banyak kelebihannya yang hebat!💯 😍...
  • APA YANG ISTIMEWA SUSU SOYA FOREVER LITE ?
    💖 Forever Lite mengandungi Aminotein, iaitu campuran enzim yang khusus untuk mencerna Protein.  Aminotein boleh membantu pencernaan dan pen...

Label

  • LoGic bY fOReVeR (4)
  • RePLeNiSHinG sKiN OiL (2)
  • aBsORBenT C (10)
  • aLOe 8 (3)
  • aLOe LiPs (1)
  • aLOe MaSSAgE LoTiOn (2)
  • aLOe Msm gEL (1)
  • aLOe avOCAdo (4)
  • aLOe bERRy nECtAR (7)
  • aLOe bIo-cELLULosE mAsK (1)
  • aLOe bItS N' pEAchEs' (2)
  • aLOe evER-sHieLd (3)
  • aLOe fiRSt (1)
  • aLOe jOjOBa cONditioNeR (1)
  • aLOe jOjOBa sHAMpOO (2)
  • aLOe mOisTuRiziNG LoTiOn (1)
  • aLOe pROpOLis CrEaM (6)
  • aLOe vErA gEL (13)
  • aLOe vErA gELLy (2)
  • aLPha-E faCTor (3)
  • aRctIC sEA (10)
  • bEE pOLLeN (3)
  • bEE pROPoliS (1)
  • briGHt tOOthGeL (2)
  • cLeaN9 (2)
  • cOFFee (2)
  • eXfoLiatoR (1)
  • fOREvER kIDs (1)
  • fOREveR bEE hoNeY (12)
  • fOReveR LiTe (10)
  • fORever aLoE sCRub (2)
  • fORever cALciUm pLuS (1)
  • fiELd oF grEEn (4)
  • iNfiniTE (2)
  • iVisioN (1)
  • oMEga 3 pLUs (4)
  • pOMesTeeN (6)
  • rEFinInG gEL MaSK (1)
  • rOyAL jELLy (3)
  • sEt (28)
  • sKinCarE (20)
  • sONyA (1)
  • sUPERgreeN (3)
  • suNscrEEn (2)
  • tOOthgel (1)
Powered by Blogger.

Blog Archive

  • ►  2026 (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2025 (24)
    • ►  December (6)
    • ►  November (10)
    • ►  October (4)
    • ►  June (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (29)
    • ►  December (5)
    • ►  November (1)
    • ►  October (8)
    • ►  February (4)
    • ►  January (11)
  • ►  2023 (8)
    • ►  December (8)
  • ►  2022 (70)
    • ►  December (1)
    • ►  November (4)
    • ►  August (9)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (14)
    • ►  April (3)
    • ►  March (21)
    • ►  February (11)
    • ►  January (2)
  • ▼  2021 (77)
    • ▼  October (15)
      • Produk kami
      • TIPS TURUNKAN GULA DALAM DARAH
      • TESTIMONI DIRI SENDIRI SI PENGHIDAP RESDUNG.
      • NAK GEMUKKAN TUBUH - Nak tambah berat badan
      • PENYAKIT KEGAGALAN BUAH PINGGANG KRONIK
      • dulu dan sekarang selepas menggunakan produk FL
      • Testimoni Kencing Manis Ibu Ayu
      • Kebaikan Vitolize Women's
      • kenali Absorbent C
      • GEP Presentation
      • Nak tahu apa yg beza White Coffee Forever Living d...
      • Testimoni KELOID tanggal selepas consume produk FL
      • WHY FOREVER!
      • Toothgel Forever
      • Kenapa semakin ramai orang minum Aloe Vera Gel dar...
    • ►  September (20)
    • ►  August (42)

Follow saya di Instagram

Followers

Total Pageviews

Dairy

dAIry 2021 dAIry 2022 dAIry 2023 dAIry 2024 dAIry 2025 dAIry 2026

About Me

My photo
Yuslina Ghazali
View my complete profile

Popular Posts

  • 𝗔𝗱𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗸𝘂𝗹𝗶𝘁 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗮𝗵𝗮𝗴𝗮?
    Sudah tiba masanya untuk memanjakannya dengan kelembapan Replenishing Skin Oil, lindungi daripada tekanan harian, dan kembalikan seri semula...
  • Set Wanita Sempurna
  • Set Cantik Dalama dan Luaran

Labels

aBsORBenT C aLOe 8 aLOe avOCAdo aLOe bERRy nECtAR aLOe bIo-cELLULosE mAsK aLOe bItS N' pEAchEs' aLOe evER-sHieLd aLOe fiRSt aLOe jOjOBa cONditioNeR aLOe jOjOBa sHAMpOO aLOe LiPs aLOe MaSSAgE LoTiOn aLOe mOisTuRiziNG LoTiOn aLOe Msm gEL aLOe pROpOLis CrEaM aLOe vErA gEL aLOe vErA gELLy aLPha-E faCTor aRctIC sEA bEE pOLLeN bEE pROPoliS briGHt tOOthGeL bUsiNeSS cLeaN9 cOFFee coViD dAIry 2021 dAIry 2022 dAIry 2023 dAIry 2024 dAIry 2025 dAIry 2026 eXfoLiatoR fiELd oF grEEn FiT 15 fORever aLoE sCRub fOREveR bEE hoNeY fORever cALciUm pLuS fOREvER kIDs fOReveR LiTe GEP iNfiniTE iNFo kESihATAn iNSenTiF iVisioN kEcAnTikAn kEsiHAtaN LoGic bY fOReVeR oMEga 3 pLUs PaKej ViP pENgEnALAn pEnJagAAN hARiaN pOMesTeeN pROmOSi rEFinInG gEL MaSK RePLeNiSHinG sKiN OiL reSEPi rOyAL jELLy sEt sKinCarE sONyA suNscrEEn sUPERgreeN sUPpLeMeNT sYariKaT tEstIMOni tOOthgel viTOLize
Copyright © 2016 Forever Living Aloe Vera By Yuslina

Created By ThemeXpose | Distributed by Best free blogger templates | Blog na Blogger com