Sudah tiba masanya untuk memanjakannya dengan kelembapan Replenishing Skin Oil, lindungi daripada tekanan harian, dan kembalikan seri semula jadi kulit anda 🌸
Tinggalkan ❤️ untuk beri sedikit kasih sayang pada kulit anda dan dapatkan Replenishing Skin Oil hari ini!
Showing posts with label sKinCarE. Show all posts
Showing posts with label sKinCarE. Show all posts
✨ 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗮𝗻𝘁 𝗚𝗹𝗼𝘄, 𝗭𝗲𝗿𝗼 𝗛𝗮𝘀𝘀𝗹𝗲! ✨
💧 Forever Aloe Bio-Cellulose Mask — supercharged with Aloe Power to flood your skin with hydration, melt away stress, and unleash that lit-from-within glow 🌿
💫 Ready for your glow-up moment? Pamper your skin today and grab yours on the Forever2U app! 📲
✨ 𝗖𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗦𝗲𝗿𝘁𝗮-𝗠𝗲𝗿𝘁𝗮, 𝗧𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗨𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗕𝗲𝗿𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵! ✨
💧 Forever Aloe Bio-Cellulose Mask — dengan Kuasa Aloe untuk melembap, menenangkan & menyerlahkan seri semula jadi 🌿✨
💫 Sedia untuk saat glow-up anda? Manjakan kulit anda hari ini dan dapatkannya melalui aplikasi Forever2U! 📲✨
✨ 瞬间焕亮,无需麻烦! ✨
💧 Forever Aloe Bio-Cellulose Mask — 融合芦荟能量,为肌肤注入水分,舒缓压力,释放由内而外的光彩 🌿✨
💫 准备好迎接您的焕亮时刻了吗?关爱并呵护您的肌肤,在 Forever2U 应用程序上抢购吧!📲✨
#ForeverLiving #AloeBioCellulose #GlowWithAloe #SkincareEssentials #PamperYourSkin
⚡️ 𝗨𝗽𝗴𝗿𝗮𝗱𝗲 𝗬𝗼𝘂𝗿 𝗚𝗹𝗼𝘄 — 𝗔𝗱𝗱 𝘁𝗵𝗲 𝗕𝗼𝗼𝘀𝘁, 𝗦𝗲𝗲 𝘁𝗵𝗲 𝗖𝗵𝗮𝗻𝗴𝗲 ⚡️
Start with the Logic 3-Step Set — then take your results further with targeted boosters that work:
✨ Refining Gel Mask → Overnight reset for smoother, refreshed skin
✨ Aloe Bio-Cellulose Mask → Instant glow-up when your skin feels dull
✨ Replenishing Skin Oil → Deep moisture lock-in
✨ Awakening Eye Cream → Brightens tired eyes
Your skin deserves more than basic.
⚡️ 𝗧𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗞𝘂𝗹𝗶𝘁 𝗔𝗻𝗱𝗮 — 𝗧𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵 𝗕𝗼𝗼𝘀𝘁𝗲𝗿, 𝗟𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 ⚡️
Mulakan dengan Set 3 Langkah Logic — kemudian tingkatkan hasil anda dengan booster khusus yang berkesan:
✨ Refining Gel Mask → Pemulihan semalaman untuk kulit lebih licin dan segar
✨ Aloe Bio-Cellulose Mask → Seri serta-merta bila kulit nampak kusam
✨ Replenishing Skin Oil → Mengunci kelembapan secara mendalam
✨ Awakening Eye Cream → Mencerahkan mata yang kelihatan letih
Kulit anda layak mendapat lebih daripada sekadar asas.
⚡️ 焕亮升级 — 加点“加乘力”,看见不一样的自己 ⚡️
从 Logic 3 步护肤组开始,再搭配针对性的加乘产品,效果加倍:
✨ Refining Gel Mask → 一夜重置,肌肤更光滑清新
✨ Aloe Bio-Cellulose Mask → 肌肤暗沉时的即刻提亮
✨ Replenishing Skin Oil → 深层锁水,强效滋润
✨ Awakening Eye Cream → 改善倦容,提亮双眸
您的肌肤,值得更好的呵护。
#LogicByForever #ForeverProud #Skincare #NewProduct
Temui kehebatan ramuan botani yang melembapkan dan banyak lagi dalam Logic by Forever™ Soothing Gel Moisturizer yang baharu — dapatkan sekarang sebelum habis!
Forever makes no claim that its products cure or prevent any diseases or are a substitute for medical advice or
therapy. Conduct a patch test if uncertain about sensitivity and consult a healthcare professional during
pregnancy. Products are for external use only.
#LogicByForever #ForeverProud #Skincare #NewProduct
𝗔𝗽𝗮 𝗿𝗮𝗵𝘀𝗶𝗮 𝗱𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 𝗟𝗼𝗴𝗶𝗰 𝗯𝘆 𝗙𝗼𝗿𝗲𝘃𝗲𝗿™ 𝗕𝗮𝗹𝗮𝗻𝗰𝗶𝗻𝗴 𝗔𝗹𝗼𝗲 𝗘𝘀𝘀𝗲𝗻𝗰𝗲?
Diperkaya dengan ramuan berkualiti untuk melembap, menenangkan dan menyegar semula kulit anda.
🛒 Beli Sekarang!
Forever makes no claim that its products cure or prevent any diseases or are a substitute for medical advice or therapy. Conduct a patch test if uncertain about sensitivity, and consult a healthcare professional during pregnancy. Products are for external use only.
#LogicByForever #ForeverProud #Skincare #NewProduct
Tak percaya?
Lihat sendiri khasiat vitamin, ekstrak buah-buahan dan banyak lagi dalam Logic by Forever™ Aloe Gel Cleanser. Dapatkan sekarang!
Forever makes no claim that its products cure or prevent any diseases or are a substitute for medical advice or therapy. Conduct a patch test if uncertain about sensitivity and consult a healthcare professional during pregnancy. Products are for external use only.
#LogicByForever #ForeverProud #Skincare #NewProduct
🇲🇾 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
✨ 𝗧𝗵𝗲 𝗪𝗮𝗶𝘁 𝗶𝘀 𝗢𝘃𝗲𝗿 — 𝗙𝗿𝗼𝗺 𝗦𝘂𝗻𝗿𝗶𝘀𝗲 𝘁𝗼 𝗦𝘄𝗲𝗲𝘁 𝗗𝗿𝗲𝗮𝗺𝘀, 𝗚𝗹𝗼𝘄 𝗦𝘁𝗮𝗿𝘁𝘀 𝗡𝗼𝘄!
Logic by Forever™ Skin Care System: 3 daily steps + 1 weekly ritual. One simple routine for healthy, glowing skin.
👉🏻 Available now at all Malaysia Product Centers and Forever2U App.
🛒 Add to your cart now!
✨ 𝗣𝗲𝗻𝗮𝗻𝘁𝗶𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 — 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗮𝗴𝗶 𝗛𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝗺, 𝗞𝘂𝗹𝗶𝘁 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗶𝗻𝗶 𝗕𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮!
Logic by Forever™ Skin Care System: 3 langkah harian + 1 rutin mingguan. Satu rutin mudah untuk kulit yang sihat dan berseri.
👉🏻 Kini tersedia di semua Pusat Produk Malaysia dan aplikasi Forever2U.
🛒 Letakkan dalam troli sekarang!
✨ 等待已结束——开启从早到晚的亮肤旅程!
Logic by Forever™ Skin Care System: 每天3个步骤 + 每周1次护理。简单养肤程序,让肌肤健康又亮丽。
👉🏻 现已在全马产品中心和 Forever2U 应用程式上线。
🛒 赶紧加入购物车!
#LogicByForever #ForeverProud #Skincare #NewProduct
Baca sampai habis untuk tambahkan pengetahuan anda...
🎀Smoothing Exfoliator 60ml DL🎀
(mempunyai kandungan bahan semulajadi yang terbaik)
- Jojoba beads/ Manik Jojoba : perlahan-lahan melincirkan seluruh kulit untuk menghilangkan serpihan kulit-kulit mati;
- Bambus/ Serbuk buluh : yang tahan lasak menyapu kulit untuk mengeluarkan sel kulit mati tanpa menggeringkannya dan menyebabkan kita tidak menggaru permukaan kulit;
- Ekstrak Bromelain: yang diperoleh daripada nenas, membantu dalam memusnahkan keratin sel-sel mati supaya ia dapat dikeluarkan lebih mudah;
- Papain: dari betik, membantu dalam meremajakan kulit dan kaya dengan sumber vitamin C, A, E dan pantothenic; dan
- Minyak pati lemon (Lemon Essential Oil) : adalah pelembap kaya yang dengan serta-merta mula menghidratkan kulit yang lebih muda di bawahnya.
- Bahan-bahan ini digabungkan bersama dengan antioksidan seperti ekstrak jus buah anggur, untuk memberikan pengalaman pengelupasan yang paling berkesan yang pernah anda alami.
.
.
Selain fungsi utamanya adalah untuk singkirkan segala sel kulit mati ia juga 👇
- Kulit yang kering, nampak kusam, tona kulit yang tak sekata
- Kulit yang kasar, banyak parut jerawat
- Kulit yang berminyak, liang-liang tersumbat, berjerawat
.
*Apa bezanya Scrub dan Exfoliator?*
Anda tahu? Meh, madam Mui kongsikan..
🎀Scrub🎀 itu adalah kaedah untuk kita buang kulit mati antaranya dengan cara menyental kulit kita menggunakan scrub dan juga dikenali sebagai physical exfoliate.
🎀Exfoliator🎀 itu adalah proses untuk menggeluarkan sel mati dari kulit kita dengan cara Chemical Exfoliator - meletakkan sahaja exfoliator tersebut di kulit tanpa di sental.
Adalah penting untuk berlakunya penggelupasan kulit sekitar 2-3 kali seminggu. Smoothing Exfoliator bantu menggelupaskan kulit kita secara lembut, menanggalkan kulit mati dan memperlihatkan kulit di lapisan bawahnya dan kulit kita kembali kelihatan lebih cerah dan berseri.
Kenapa perlu nya exfoliate???
Kalau tak exfoliate, itu adalah mungkin antara punca jerawat, liang-liang pori tersumbat, kusam, nampak kulit tak bermaya, kasar, wrinkles..
Bila sel kulit mati dah menebal, itu juga antara punca kenapa sst produk yang kita guna tidak berkesan, dan orang lain guna, ok je..
Best sgt guna ni.. Bau dia wangi & fresh 😍
Wajib cuba...
Cuaca, angin dan pencemaran - hari masuk, hari keluar, mereka mengambil tol mereka pada kulit anda.
Kini anda boleh melawan kembali dengan Aloe Moisturizing Lotion kami yang indah.
Ia mengandungi Kolagen dan Elastin untuk mengekalkan kulit licin, lembut dan elastik sambil mengekalkan keseimbangan pH semula jadi kulit.
Once lotion dah licin dan meresap ke dalam kulit, makeup boleh pakai macam biasa.
- Pelembap untuk muka dan badan.
- Cemerlang untuk tangan.
- Tidak mengandungi Lanolin.
- Kaya dengan tekstur.
- Bebas gluten.
- Memberikan kulit licin dan anjal.
𝘒𝘶𝘭𝘪𝘵 𝘤𝘢𝘯𝘵𝘪𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘦𝘳𝘪 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘢𝘴𝘢𝘴 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘳𝘶𝘱𝘢 𝘢𝘯𝘥𝘢. 𝘑𝘰𝘮 𝘤𝘦𝘳𝘪𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘙𝘢𝘺𝘢 𝘪𝘯𝘪 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘱𝘳𝘰𝘥𝘶𝘬 𝘍𝘰𝘳𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘓𝘪𝘷𝘪𝘯𝘨 𝘬𝘦𝘨𝘦𝘮𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘢𝘯𝘥𝘢.
Hai Gais
Pernah tak korang perasan yang
SKIN KORANG MAKIN KENDUR DAN BERKEDUT APABILA DAH MENINGKAT USIA 😭
Lagi haruu bila usia korang baru nak menginjak 30an tapi dah nampak garis kedut tu. Korang rasa macamana?? arrghhh giler malu 🥺
Okey lets me share skincare yang paling best.. Skin care ni adalah yang top tau.
INFINITE skin care dari FOREVER.
Meh tengok step penggunaan INFINITE ni...👇😘
💥STEP 1
🌼HYDRATING CLEANSER
- Dapat meningkatkan hidrasi kulit kita
- Bantu membuang kekotoran dan minyak pada kulit
- Tidak mengeringkan kulit
💥STEP 2
~~
🌼FIRMING SERUM
- Membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan
- Menganjalkan serta melembabkan kulit
💥STEP 3
~~~
🌼RESTORING CREME
- Mudah diserap dalam kulit
- Membantu untuk nampakkan kesan awet muda dan glowing
So amacam, mudahkannn??? 3 step je... Tak perlu pening-pening cocok sana, cocok sini 😝
____________________________________________________________________________
"Sis, apa yang best giler pakai skin care ni. Apa kelebihan dia. Apa bahan² dia"
Orait let me explain.. INFINITE adalah skincare dari Forever paling advanced. Kiranya veryyy eksklusif orang kata.
Sebab apa kesan anti penuaan yang lebih cepat
Antara Kelebihan skincare Infinite :
👩 menganjalkan kulit muka
🌸 mengurangkan kedutan
🌸dibahagian bibir dan mata
👩 Kulit pipi pun akan lebih anjal dan tak nampak jatuh
Sebab apa bahan yang menyokong adalah
✨Aloevera +
✨Pomegranate +
✨Acai Berry +
✨peptide +
✨acid amino yg tinggi membuatkan kulit muka kita dalam 10 tahun lebih muda.. ouchh 😍
So gais.. kalau korang dah start ada kedut², pipi pun terasa tak anjal, jerawat and jeragat tak hilang².. boleh guna Infinite ni.
Simple steps je tapi cepat berkesan sebab molekul dia sangat kecil senang diserap kulit
For those yang dah berusia 30an keatas memang suggest sangat².
Keremajaan wajah terjamin dan skin tampak lebih remaja 😍
Okey gais.. ini cara penggunaan ya
Serum
🔰Sapu je terus rasa tegang kulit pipi kita.. Memang best sangat...terasa sungguh dia meresap dekat skin kita
Pencuci
🔰dibuat daripada sumber alam semula jadi iaitu Kelapa.. Bila basuh muka dengannya akan terbau santan kelapanya.. Segar terasa.. Asli baunya..Feel macam spa pulak 😁😁
Yang pasti tiada campuran pewangi tambahan.
Korang wajib la cuba. Berbaloi sangat tau.
Kalau ikutkan masa aku belajar dahulu, skin type ada 4 iaitu:
-> Normal Skin
-> Dry Skin
-> Oily Skin
-> Combination Skin
Di mana sensitive skin berada di bawah permasalahan kulit wajah. Sensitive skin ni kalau ikutkan disebabkan faktor-faktor luaran. Tapi kini ia berada di bawah section skin type. Takpe la.. kita ikut je la kan?? hehehe..
1. Normal Skin
👉🏻Kulit normal mempunyai keseimbangan yang sangat baik - tidak terlalu kering atau terlalu berminyak. Ini kerana kulit normal mempunyai peredaran yang sangat baik.
👉🏻Mereka yang mempunyai jenis kulit ini biasanya tidak mengalami masalah jerawat dan mereka jarang melihat sebarang perubahan pada kulit mereka sepanjang hari.
👉🏻Perubahan bermusim biasanya tidak memberi kesan kepada mereka yang mempunyai kulit normal dan mereka boleh menggunakan pelbagai produk tanpa mengalami kesan sampingan negatif. Kulit mereka biasanya licin dengan tona kulit yang sekata.
Kulit wajah normal ni.. biasanya waktu kita budak-budak dulu sebelum meningkat remaja yang mengalami perubahan hormon yang tak berapa betul.. 😅
Contoh kulit normal boleh tengok kulit Bayi yang baru lahir (expecially bahagian montot 😜😜😜😜, kalau kes xder yang jenis ruam lampin la.. )
2. Dry Skin
👉🏻Mereka yang mempunyai kulit kering berkemungkinan besar mengalami kulit muka yang tegang dan menggelupas akibat pengeluaran sebum yang rendah.
👉🏻Kulit kering juga terdedah kepada tanda-tanda penuaan kerana ia tidak mempunyai pemelihara kulit semulajadi - minyak.
👉🏻Pastikan anda menggunakan pembersih yang lembut bersama dengan pelembap pelindung yang kaya untuk menyuburkan kulit dan memastikan ia terhidrat sepanjang hari.
👉🏻Ini penting untuk mengawal perasaan yang ketat dan tidak selesa itu.
Kalau nak lebih jelas... orang yang kulit kering ni muka dia selalu macam 'muka ketat'. Ataupun muka mereka nampak sangat dry dan garis-garis halus jelas kelihatan di dahi, tepi mata, tepi mulut. Orang yang kulit kering ni juga seringkali dianggap sombong disebabkan keketatkan senyuman mereka dan seringkali nampak lebih berusia dari umur yang sepatutnya.
jadinya kawan-kawan, lepas ni.. kalau jumpa orang yang 'muka ketat' mungkin dia bukan sombong.. tapi kulit wajah dia agak tegang dan agak sedikit sakit untuk dia senyum. 😁
3. Oily Skin
👉🏻Kulit jenis ini mempunyai kelenjar sebum yang terlalu aktif, biasanya terletak di zon T, pipi, dan dagu. Mereka yang mempunyai jenis kulit ini mungkin perlu membersihkan muka dengan kerap dan/atau menggunakan kertas blotting sepanjang hari.
👉🏻Kulit berminyak disebabkan oleh banyak perkara seperti genetik, hormon, diet, iklim, dan tekanan hanya untuk menamakan beberapa.
👉🏻Mereka yang mempunyai kulit berminyak juga mungkin mempunyai liang yang membesar dan mengalami masalah jerawat kerana jumlah minyak yang merembes dari liang mereka.
👉🏻Mempunyai kulit berminyak tidak semestinya anda mempunyai jerawat kerana jerawat disebabkan oleh sel-sel kulit mati dan bakteria di dalam liang tetapi anda lebih cenderung untuk pecah.
👉🏻Adalah sangat penting bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak untuk membersihkan muka mereka dua kali sehari dengan pembersih yang lembut — khususnya yang tidak melucutkan kulit sepenuhnya. Menanggalkan semua minyak boleh menyebabkan kesan buruk kerana kulit anda mungkin menghasilkan lebih banyak minyak.
Biasanya, remaja-remaja yang meningkat naik lebih cenderung mempunyai kulit wajah berminyak kerana disebabkan oleh perubahan hormon.
4.Combination Skin
👉🏻Mereka yang mempunyai kulit kombinasi mengalami kawasan berminyak serta tompok kering.
👉🏻Penjagaan kulit terbaik untuk jenis kulit ini melibatkan merawat setiap kawasan secara berbeza.
👉🏻Sebagai contoh, sesetengah kawasan mungkin memerlukan pelembap yang tebal dan kaya manakala kawasan lain mungkin memerlukan losyen yang lebih ringan atau pelembap jenis gel.
👉🏻Kebiasaannya Zon T merupakan kawasan lebihan minyak dan bahagian tepi mulut membawa ke dagu merupakan zon kering.
5. Sensitive Skin
👉🏻 Jenis kulit ini terdedah kepada keradangan dan kerengsaan dan boleh disebabkan oleh keadaan kulit seperti ekzema, rosacea, atau alahan.
👉🏻 Adalah penting untuk memilih penjagaan kulit yang betul untuk kulit sensitif kerana banyak pembersih dan pelembap mengandungi bahan yang boleh menyebabkan reaksi negatif.
👉🏻Mereka yang mempunyai kulit sensitif juga sangat dipengaruhi oleh perubahan bermusim jadi jika anda mempunyai jenis kulit ini, anda mungkin perlu menukar produk anda bergantung pada musim.
Cara Untuk Mengenal Pasti Jenis kulit wajah (skin type)
Apabila bangun dari tidur, cuci muka dan biarkan seketika tanpa letak sebarang pelembab.
1. Oily - terasa tidak selesa di wajah, terasa muka sedikit berlengas dan nampak berkilat berminyak
2. Combination - kebiasaannya Zon T akan terasa berminyak dan berkilat serta bahagian-bahagian tertentu seperti tepi mulut akan terasa kering dan tegang
3. Dry - keseluruhan wajah terasa tegang dan kering dan merasa sedikit ketat
Ok.. kita dah kenal jenis kulit wajah (skin type), sekarang ni jom kita tengok pulak masalah-masalah yang sering terjadi pada kulit wajah
1. Wrinkles
👉🏻Merupakan tanda-tanda penuaan. Pertamanya adalah disebabkan faktor usia di mana semangkin meningkat usia, kulit wajah semakin hilang lembapan dan juga semakin kekurangan kolagen. Jadinya garis-garis halus di bahagian-bahagian tertentu akan terbentuk dan jelas kelihatan.
👉🏻Terdapat juga mereka yang mempunyai tanda wrinkles sewaktu diusia yang tidak sepatutnya. Perkara ini terjadi, berkemungkinan daripada kesan tidak menjaga skin care routine dengan betul dan juga sejarah pemakaian produk skin care yang tidak bersesuaian yang menyebabkan kehilangan lembapan kulit wajah.
👉🏻Garis-garis kedutan halus ini mudah kelihatan pada wajah mereka yang mempunyai jenis kulit kering sekiranya tidak dijaga dengan sempurna.
2. Freckles / Pigmentation
Frekles ni jelas kelihatan pada mereka yang mempunyai masalah kulit wajah yang kering.
Paparan Sinar Matahari
Paparan sinar matahari yang berlebihan merupakan penyebab utama munculnya noda hitam pada wajah. Paparan sinar matahari yang langsung menyentuh kulit wajah tersebut akan mendorong kulit untuk memproduksi lebih banyak melanin. Yang kemudian memunculkan noda hitam pada wajah.
Tidak hanya itu, wajah yang terekspos sinar matahari secara terus-menerus juga boleh menyebabkan kanser kulit. Maka sangatlah penting untuk menggunakan sunscreen sebelum keluar rumah.
Hiperpigmentasi
Hiperpigmentasi adalah suatu kondisi pada kulit yang disebabkan oleh peningkatan melanin, zat dalam tubuh yang bertanggung jawab untuk pewarnaan kulit (pigmen. Hiperpigmentasi terjadi ketika area tertentu di area wajah rosak. Ini terjadi apabila kulit memproduksi melanin berlebih sehingga noda hitam di wajah akan terlihat lebih jelas.
Faktor Genetik
Faktor genetik juga menjadi salah satu penyebab munculn
3. Pores
Pores sering terjadi kepada mereka yang mempunyai jenis kulit berminyak mahupun kombinasi.
Liang-liang pori boleh tersumbat dengan lebihan minyak, kulit mati, atau kotoran, atau ia boleh kelihatan lebih menonjol akibat pendedahan matahari yang terlalu banyak. Faktor lain yang boleh mempengaruhi liang pori tersumbat termasuk genetik dan hormon.
"Saiz pori anda sebahagian besarnya ditentukan oleh genetik, tetapi pori-pori biasanya tidak kelihatan sehingga remaja, kerana selalunya hormon yang mendorong kulit menghasilkan lebih banyak minyak dan seterusnya menyumbat pori-pori," kata Dr Hextall.
4. Acne
Liang-liang kecil kulit adalah bukaan untuk folikel yang masing-masing mengandungi rambut dan kelenjar sebum yang menghasilkan sebum, bahan berminyak yang melincirkan rambut dan kulit untuk memastikan mereka lembut. Jerawat berlaku apabila proses ini menghadapi masalah, seperti:
✅Lebihan minyak terhasil
✅Sel kulit mati menyekat liang roma
✅Bakteria terkumpul di dalam pori-pori
✅Salah satu punca utama jerawat ialah turun naik hormon, terutamanya androgen (hormon lelaki yang meningkat semasa akil baligh). Tahap hormon yang berubah-ubah juga boleh menyumbang kepada jerawat pada wanita semasa kitaran haid, kehamilan, atau apabila memulakan atau menghentikan ubat kawalan kelahiran
Faktor lain yang boleh memburukkan atau menyumbang kepada wabak jerawat termasuk:
✅Memicit atau memetik noda
✅Mengambil ubat tertentu (seperti testosteron, kortikosteroid, dan pil perancang)
✅Menggosok kawasan yang terjejas terlalu kasar
✅Menggunakan solekan atau losyen berminyak
Geseran atau tekanan pada kulit (seperti kolar ketat, topi keledar atau beg galas)
✅Makan diet tinggi karbohidrat dan/atau gula halus
✅Sejarah keluarga jerawat
✅Tekanan
Jenis-jenis Jerawat
Apabila folikel tersumbat, minyak di dalamnya tidak dapat keluar, dan bakteria mula berkembang yang menyebabkan jerawat. Jenis jerawat yang paling biasa ialah komedo. Komedo (majmuk komedo) termasuk kedua-dua bintik putih, yang kekal di bawah permukaan, dan bintik hitam, yang terbuka pada permukaan kulit dan kelihatan hitam akibat pendedahan oksigen.
Jenis lesi jerawat lain termasuk:
✅Cycts: Jerawat besar dan dalam yang mengandungi nanah dan selalunya menyakitkan
✅Nodules: Jerawat pejal dan menyakitkan di bawah permukaan kulit
✅Papules: Benjolan kecil, merah jambu atau merah di bawah permukaan kulit
✅Pustules: Jerawat kecil berwarna merah dengan nanah di hujungnya
5. Scars
Apabila luka sembuh, ia akhirnya boleh menjadi parut. Parut muka datang dalam pelbagai bentuk dan mungkin disebabkan oleh kecederaan, jerawat, melecur atau pembedahan. Memandangkan wajah anda sentiasa terdedah kepada persekitaran, parut pada bahagian badan anda mungkin sukar untuk sembuh.
Parut yang paling ketara di wajah biasanya terhasil dari masalah jerawat yang teruk dan seringkali dikatakan seperti 'kawah bulan'.
6. Dark circles
Orang sering menganggap lingkaran hitam disebabkan oleh keletihan dan kurang tidur. Walaupun ini boleh menjadi satu punca, terdapat sebab lain untuk lingkaran gelap bawah mata, seperti alahan atau proses penuaan semula jadi.
Lingkaran gelap di bawah mata mungkin kelihatan ungu atau biru hingga coklat gelap atau hitam, bergantung pada warna kulit.
Kalangan ini jarang menimbulkan kebimbangan, tetapi orang mungkin ingin mengurangkan penampilan mereka atas sebab kosmetik.
Dalam sesetengah kes, lingkaran hitam di bawah mata boleh menunjukkan keperluan untuk perubahan gaya hidup, seperti penambahbaikan pada tabiat tidur atau diet.
Kawasan di bawah mata boleh kelihatan lebih gelap kerana saluran darah yang menyempit yang menyebabkan hiperpigmentasi, atau daripada penipisan kulit di sekeliling mata.
Semua punca lingkaran hitam di bawah mata termasuk:
✅kurang tidur atau tabiat tidur yang buruk
✅alahan, termasuk demam hay
✅hiperpigmentasi, yang berlaku apabila badan menghasilkan lebih banyak melanin
✅mengurangkan tahap tisu lemak di sekeliling mata
✅menipiskan kulit bawah mata
✅anemia akibat kekurangan zat besi
✅terlalu terdedah kepada cahaya matahari
✅kerap menggosok mata
✅penuaan
✅merokok
✅gen yang diwarisi
✅keadaan tiroid
✅dehidrasi
✅dermatitis
✅rawatan titisan mata untuk glaukoma, seperti bimatoprost
Terdapat juga beberapa faktor risiko untuk lingkaran hitam di bawah mata, seperti:
✅Umur yang lebih tua: Kehilangan tisu lemak dan penipisan kulit di sekeliling mata adalah sebahagian daripada proses penuaan. Perubahan ini boleh menjadikan lingkaran hitam kelihatan lebih jelas pada orang dewasa yang lebih tua. Palung koyakan ialah lubang di bawah mata, yang boleh menyebabkan lingkaran hitam dan berkaitan dengan penuaan.
✅Etnik bukan kulit putih: Lingkaran hitam lebih kerap berlaku pada orang yang mempunyai ton kulit yang lebih gelap, dan ia memberi kesan kepada orang kulit berwarna berbanding orang kulit putih. Faktor risiko ini dianggap disebabkan oleh perubahan pigmentasi.
✅Genetik: Lingkaran hitam boleh menjadi keturunan. Penyelidikan Sumber dipercayai telah mendapati bahawa jika seseorang mempunyai lingkaran hitam di bawah mata mereka, ini juga muncul dalam beberapa ahli keluarga yang lain.
Skin Type kita dah kenal..skin problem pun dah kenal.. sekarang kita lihat pula tips untuk memilih pencuci muka yang bersesuaian.
Tips Memilih Pencuci Muka
Seperti yang kita tahu, mencuci merupakan asas kepada apa-apa rutin penjagaan kulit. Ia adalah kunci kepada kulit yang sihat dan cantik.
Pencuci yang baik bukan sahaja akan membasuh kotoran dan bakteria tetapi ia juga membolehkan produk penjagaan kulit dan kecantikan yang dipakai akan menyerap lebih mudah ke kulit anda, dengan itu akan meningkatkan keberkesanannya.
Cumanya... nak pilih pencuci muka yang sesuai bukan mudah kan? Banyak juga faktor yang perlu kita pertimbangkan. Its not as easy macam...
"kulit muka ko ni berminyak..pakai yang jenis gel" ataupun..
"kulit muka ko ni jenis kering.. pakai yang jenis krim"
Kalau semudah macam tu sahaja.. memang petik jari la orang kata kan. Kita perlu melihat dari sudut luaran dan dalaman. Sudut luaran adalah dengan melihat secara fizikal, manakala dari dalam pula adalah dengan melihat kepada history skin care dan cara hidup dari segi pemakanan, rehat, dan senaman mereka.
Jom kita baca lagi...
Oh ya..sebelum tu, sebenarnya terdapat banyak jenis pencuci muka di pasaran. Cumanya aku tak tekankan jenis-jenis pencuci muka untuk sharing hari ini. aku akan go pada basic dahulu.
Kulit muka jenis normal / berminyak
Jika kulit anda cenderung menghasilkan banyak minyak, pilih pencuci muka yang berbuih lembut. Biasanya texture dia ala-ala gel sikit. Kalau dalam rangkaian produk forever, boleh gunakan pencuci muka SONYA.
Pencuci dengan buih lembut sesuai untuk kulit berminyak kerana dapat mengeluarkan kotoran dan sebum pada kulit.
Elakkan produk pembersih wajah yang mengandungi bahan berasaskan sulfat seperti SLS/SLES kerana bahan seperti itu akan mengeraskan kulit dan mengganggu asid mantel (acid mantle) anda.
Antara tips memilih pencuci muka adalah dengan menggunakan produk yang mengandungi minyak. Ia merupakan kaedah yang berkesan untuk menghilangkan kekotoran dari kulit, terutamanya jika anda suka menggunakan produk kosmetik kalis air.
Lebih baik menggunakan minyak yang mengandungi monounsaturated fats seperti minyak jojoba. Minyak yang berat seperti minyak zaiton berkemungkinan besar menyumbat liang-liang pori dan menyebabkan jerawat.
gambar-gambar yang aku share kat atas tu.. nak tunjukkan texture untuk cleaser yang jenis gel ataupun yang jenis berminyak.
Tips memilih pencuci muka untuk kulit normal, kulit kering dan kulit sensitif
Jika kulit kering, anda disarankan untuk menggunakan krim atau produk pembersih muka berasaskan susu yang direka untuk menghidrat kulit semasa mencucinya.
Semak kandungan yang digunakan dalam produk pilihan anda. Ejen penghidratan seperti asid hyaluranic boleh memberikan banyak kelembapan pada kulit.
Walaupun anda menyukai buih yang banyak ketika mencuci muka, ia sebenarnya hanya akan menyebabkan kulit lebih kering.
Secara kesimpulannya, pembersih muka haruslah berfungsi untuk membersihkan kulit dan dalam masa yang sama masih lembut dan menghidratkan.
Setiap orang adalah berbeza, sesuatu yang berfungsi dengan baik pada orang lain, belum tentu akan memberikan impak yang sama pada diri anda.
Oleh itu, amat penting untuk mengetahui tentang keadaan kulit sendiri supaya anda mengetahui apa yang kulit perlukan.
Ok.. dah sampai penghujung sharing aku pada hari ini. Sebelum aku berakhir.. aku sertakan sedikit tips la yang biasa aku gunakan
Terdapat juga di mana seseorang itu mempunyai kulit yang dry di bahagian luar dan di bahagian bawah kulit adalah berminyak. Di bahagian luar wajah kelihatan dehydrated dan apabila di rasa pada permukaan kulit terdapat benjolan2 kecil seakan2 jerawat yang macam nak keluar. Ada juga yang mana terdapat kesan2 parut jerawat pada permukaan kulit.
Bagi kes yang sebegini, berkemungkinan history produk sebelum ini yang menyebabkan kulit wajah tersebut kehilangan lembapan dan seterusnya menyumbat liang-liang pori di wajah yang menyebabkan pori-pori tertutup.
Biasanya kalau kes sebegini, aku akan sarankan untuk mereka memilih pencuci muka yang jenis berkrim bagi mengelakkan kulit wajah yang dry tu menjadi tegang. Tapi bahagian pelembab aku akan sarankan untuk kulit berminyak.
Bagi mereka yang mempunyai masalah muka breakout (yang jenis jerawat merah-merah dan besar penuh wajah), aku akan sarankan supaya menggunakan pancuci muka yang agak lembut seperti yang jenis berkrim. Ini kerana, walaupun kulit sebegini merupakan jenis yang berminyak, penggunaan pencuci muka yang jenis berbuih akan menyebabkan sedikit rasa ketidakselesaan kerana buih-buih tersebut akan membuang minyak-minyak dan menyebab jerawat menjadi sedikit kering.
Namun yang demikian.. bagi 2 kes di atas ini, suggestion adalah bersifat sementara. Apabila kulit wajah dah kembali pulih dan telah dapat skin type yang asal.. maka boleh kembali menggunakan pencuci muka yang sepatutnya.
Untuk mereka yang baru ingin mencuba sebarang rangkaian produk skin care Forever ataupun skin care lain.. aku lebih suka sarankan untuk menggunakan basic set dahulu. Jangan terus ambil satu set penuh. Ini kerana, ada kemungkinan terdapat bahan-bahan di dalam skin care tersebut tidak berapa sesuai dengan wajah kita dan ada juga kemungkinan akan bertindak balas dengan skin care yang kita pernah guna sebelum ini terutamanya yang pernah pakai produk-produk yang ada merkuri. Sekiranya mentaliti kita tak berapa kuat akan berlaku pembaziran di situ.
Antara basic skin care yang boleh digunakan di dalam rangkaian Forever adalah :
Cleanser - Aloe Avocado Body and Face Soap
Toner - Aloe First
Moisturizer - Aloe Gelly + Propolis Creme
Gel Mask - Aloe Gelly
Selain dari penjagaan luaran, minum air yang cukup, ambil supplement dan juga jaga pemakanan serta senaman dapat membantu dalam mendapatkan kulit wajah yang cantik, bersih dan segar. Jangan lupa juga untuk mendapatkan tidur dan rehat yang secukupnya.
Ehh jangan judge sebelum guna Aloe Sunscreen ni. Anis nak habaq kat hangpa, sunscreen ni adalah physical sunscreen.
Sunscreen dengan SPF30 ni ada tone up effect yang membuatkan kulit kita tak nampak kusam. Tidak bercapuk, lightweight, mudah menyerap, dan tidak melekit tau.
Mengandungi vita.min E dan aloe vera. Ok, sedia maklom yang Aloe vera ni memang bagus sangat untuk kulit kita. Macam mana ia membantu kulit kita?
1. Melembapkan kulit dan mengelak dari jera.wat naik
2. Menjadi asas sebelum makeup
3. Menjaga kulit yang sensitive
4. Merawat kulit terbakar (sunburn)
Ringgit Malaysia 7 5 je sayang kurr. Tahan almost setahun tau. Jimat ke jimat?
Biasa tak korang kalau pakai sunscreen je melekit? berminyak? lepas tu jadi malas nak pakai?
Jeragat pun start naik. Alahai sayangnya sunscreen wajib tau kena pakai di rumah dan luar rumah elak naik jeragat.
Pening nak cari physical sunscreen yang ok? Korang wajib try Aloe sunscreen. Yang best Aloe sunscreen ni, water resistant. Bermakna walaupun bercampur peluh, kadar effective SPF tu masih mantain.
Sunscreen dengan SPF30. Tidak bercapuk, mudah menyerap, dan tidak melekit tau. Lagi satu, pakai sunscreen ni tak akan buatkan kulit muka kita berminyak sebab ia adalah matte finishing (oil control).
Ada kandungan VITAMIN E yang mencantikkan, merawat kulit muka dan melambatkan penuaan secara semulajadi.
Ada ALOEVERA yang bole mengatasi masalah jerawat dan kulit kering. Merawat dan melembabkan kulit.
Jadikan Aloe Sunscreen sahabat karib awak
Wangi 💚 Murah 💚 Menyegarkan 💚
Jimat ,mampu milik. 142gm. Boleh potong 😎
Kelebihan Sabun Avocado Forever ✌️✌️
1. Menghilangkan warna gelap di bahagian peha,belakang leher serta bahagian bawah lengan.
2. Kaya dengan vitamin A yang boleh membantu membuang sel-sel kulit mati
3. Membantu membersihkan kulit wajah secara mendalam
4. Kaya dengan vitamin E iaitu sumber antioksidan yang mampu mengurangkan garis-garis halus tanda penuaan dan kulit rosak akibat sinaran matahari.
5. Menentang radikal-radikal bebas
6. Membersihkan kulit yang berminyak tanpa mengeringkan kulit.
7. Untuk kulit kering dan sensitif,avocado memberikan kelembapan sepanjang hari.
8. Melembapkan kulit wajah dan keseluruhan badan
Sihat Forever, Bahagia Forever
Bila aku baca Bahan-bahan aktif dalam Alpha E-Factor ni wow! serius aaa.. mewah giler..
Korang baca sat...
.
❤️ Vitamin A, C, E dan minyak kacang soya adalah pelembap dan antioksidan yang kuat, mencegah kerosakan kulit disebabkan oleh radikal bebas. 80% daripada kerosakan kulit disebabkan oleh radikal bebas.
.
❤️ Vitamin A meningkatkan keanjalan kulit sementara Vitamin C menghalang pembentukan tisu parut.
.
❤️ Minyak biji Borage menyediakan kulit dengan asid lemak perlu yang dikenali sebagai gamma asid linoleik yang membantu mengembalikan kelembapan.
.
❤️ Lecithin adalah emolien yang sangat baik yang meningkatkan kelembutan kulit.
.
❤️ Bisabolol adalah agen menenangkan kulit secara semula jadi yang sesuai untuk kulit sensitif.
Waduh! rugi beno la kalau korang tak grab.. kalau tanya aku.. aku kata berbaloi sesangat 😍
Entah kenapa aku obses beno dengan Alpha E Factor ni. Antara serum yang serasi yakmat dengan aku kot.. superrr jimat pun ye... sesuai la kot untuk aku yang jenis suka chantekk ni
Apa yang aku nak share tentang Forever Alpha-E Factor ni adalah...
- Aku sapukan pada muka selepas membersih dan menyapu toner..ini hasil yang maksimum wei
- Beberapa titis haruslah disapu pada muka dan leher dan kemudian diurut dengan perlahan-lahan dengan menggunakan hujung jari korang
- Cun seh! Korang rasa like baby skin.. gitew
- Jika korang jenis kulit berminyak Elakkan pakai waktu siang, bimbang naik jerawat
- Bagi yang kulit kering, memang sangat best pakai alpha E ni
Eh untuk yang hamil, jika ada regangan kulit muncul, urutkan dengan Forever Alpha-E Factor. Kalau yang tak hamil pun boley.. sapu je dengan penuh kasih sayang. Selain skin aku guna juga pada tumit yang rekah dan kaki kering dan urutkan pada waktu malam. Gunakan sarung kaki kain kapas jika kaki kering dan berekah.
Forever Alpha-E Factor dibotolkan dalam botol kaca kecil dengan penitis.
.
Forever Alpha E-Factor
130 ml
Tahan lebih 3 bulan tau.. serius laaa.. Murah, Tahan lama & berbaloi² gitew...
- Mencegah jeragat dari MEREBAK dan MENEBAL!
- Membantu menghilangkan BINTIK HITAM di wajah!
- Membantu menghilangkan PARUT dan BEKAS JERAWAT!
- Membantu mendapatkan TONA KULIT yang sekata!
- Membantu MENCERAHKAN kulit wajah!
- Merawat KULIT KUSAM!
- Mengawal masalah KULIT BERMINYAK!
- Mengecilkan LIANG PORI!
- Membantu anda mendapatkan KULIT IDAMAN dalam jangka masa yang CEPAT, BERKESAN & TANPA KESAN SAMPINGAN!
Cara Penggunaan
Picit sedikit FOREVER ALPHA E FACTOR pada tapak tangan dan sapu pada bahagian kulit wajah yang bermasalah (Setitik Serum memadai untuk seluruh wajah kerana serum ini pekat dan tidak berminyak malah terus meresap ke dalam kulit wajah)
- Disyorkan pakai pada waktu pagi (10 ke 15 minit sebelum makeup)
- malam sebelum tidur (10 ke 15 minit sebelum apply night cream)
FOREVER ALPHA E FACTOR BOLEH DIPAKAI dengan mane2 nite/day cream ape2 brand yang anda guna sekalipun yang penting jarakkan masa sekurang2nya 15 minit utk make sure serum telah sempurna meresap ke dalam kulit (dinasihatkan hindarkan dari produk yang mempunyai kandungan kimia yang tinggi kerana akan merosakkan tisu kulit)
Sapuan kerap (2 kali sehari) dinasihatkan bagi mereka yang inginkan kesan yang lebih cepat.
Recommended untuk mereka yang jenis kulit kombinasi.
Kandungan dan kepekatan Aloe dalam SONYA DAILY SKINCARE ni memang kita tak kan dapat pada skincare lain. High concentration.
Sonya Daily Skincare ni jenis Gel-based. Bau memang natural habis. Bau tumbuhan dan buah-buahan. Nature meets science.
Dalam satu set ni ada 4 powerful products
- Sonya Refreshing Gel Cleanser: Aloe gel yang membantu membuang sel mati, kotoran dan make up.
- Sonya Illuminating Gel: Gel yang cepat menyerap yang memberikan kulit lembut, licin dan glowing.
- Sonya Refining Gel Mask: an over-night mask yang mengawal minyak dan mencerahkan penampilan kulit.
- Sonya Soothing Gel Moisturizer: Losyen yang berasaskan gel untuk pelembap dan improve rupa kulit kombinasi.
Ia cukup lembut untuk kegunaan harian, dan sesuai digunakan pada muka dan bahagian-bahagian tubuh lain.
Aloe Scrub membantu menanggalkan sel-sel permukaan yang pudar dan tidak bermaya, membuka liang-liang roma dan menggalakkan proses pembaharuan kulit untuk mendedahkan kulit 'baru' yang sihat.
Jojoba membantu melincirkan kulit untuk melindunginya daripada kekeringan dan kerosakan.
Amat bagus jika digunakan bersama Aloe Vera Gelly.
For beauty that goes beyond skin deep
Nak kongsi sikit pasal scrub dari Forever Living ni. Scrub yang halus & wangi ni sesuai scrub satu badan... dan scrub ni boleh digunakan hari2... saya ulang... boleh guna HARI-HARI!
Terkejut tak scrub boleh guna hari2? Haaa... Forever punya scrub memang boleh guna hari2 sebab tidak mengandungi bahan2 keras atau tajam... ia hanya mengandungi aloe vera yang dipadatkan jadi ia tidak melukakan kulit sebab itu boleh guna hari2...
- Satu tiub ni boleh tahan lama & pakainya sikit je
- Kulit sensitif ke kering ke berminyak ke boleh guna scrub ni....
- Sudah semestinya ada Aloe Vera dalam ni, sebab kami kan penanam Aloe Vera terbesar dunia...
- Dalam scrub ni ada minyak jojoba jadi sambil scrub dia merawat kulit.
Popular Posts
-
KENAPA OMEGA 3 PLUS SOFTGEL !!!! 🤔 👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇 Apa Kelebihan OMEGA 3 PLUS.SOFTGEL? *** . Forever Omega 3 Plus Softgel memb...
-
Selepas saya cari maklumat tentang Aloe Vera Gel, saya dapati bahawa Aloe Vera Gel memang ada banyak kelebihannya yang hebat!💯 😍...
-
✨ 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗮𝗻𝘁 𝗚𝗹𝗼𝘄, 𝗭𝗲𝗿𝗼 𝗛𝗮𝘀𝘀𝗹𝗲! ✨ 💧 Forever Aloe Bio-Cellulose Mask — supercharged with Aloe Power to flood your skin...
Label
- LoGic bY fOReVeR (4)
- RePLeNiSHinG sKiN OiL (2)
- aBsORBenT C (10)
- aLOe 8 (3)
- aLOe LiPs (1)
- aLOe MaSSAgE LoTiOn (2)
- aLOe Msm gEL (1)
- aLOe avOCAdo (4)
- aLOe bERRy nECtAR (7)
- aLOe bIo-cELLULosE mAsK (1)
- aLOe bItS N' pEAchEs' (2)
- aLOe evER-sHieLd (3)
- aLOe fiRSt (1)
- aLOe jOjOBa cONditioNeR (1)
- aLOe jOjOBa sHAMpOO (2)
- aLOe mOisTuRiziNG LoTiOn (1)
- aLOe pROpOLis CrEaM (6)
- aLOe vErA gEL (14)
- aLOe vErA gELLy (2)
- aLPha-E faCTor (3)
- aRctIC sEA (10)
- bEE pOLLeN (4)
- bEE pROPoliS (2)
- briGHt tOOthGeL (2)
- cLeaN9 (2)
- cOFFee (2)
- eXfoLiatoR (1)
- fOREvER kIDs (1)
- fOREveR bEE hoNeY (12)
- fOReveR LiTe (11)
- fORever aLoE sCRub (2)
- fORever cALciUm pLuS (1)
- fiELd oF grEEn (5)
- iNfiniTE (2)
- iVisioN (1)
- oMEga 3 pLUs (6)
- pOMesTeeN (6)
- rEFinInG gEL MaSK (1)
- rOyAL jELLy (3)
- sEt (29)
- sKinCarE (20)
- sONyA (1)
- sUPERgreeN (3)
- suNscrEEn (2)
- tOOthgel (1)
Powered by Blogger.











































