Jerawat

By September 24, 2021 ,


JERAWAT


Jerawat adalah sejenis keradangan kulit. Keadaan kulit kelihatan membengkak dan kemerahan.Biasa terdapat di muka, leher, dada dan punggung.Jerawat biasa tumbuh 2-3 minggu sebelum muncul atas kulit. 


Terjadi apabila kelenjar minyak (sebum) yang membuatkan kulit sentiasa lembap dan lembut tersumbat oleh sel² kulit mati sehingga menghalang sebum keluar. Bila sebum tersumbat, akan menyebabkan pertumbuhan bakteria dan kulit mulai meradang membengkak  dan bernanah. 


Golongan remaja

👉Jerawat keluar disebabkan perubahan hormon. 



Golongan dewasa

👉Jerawat keluar disebabkan gaya hidup, stress, ketidakseimbangan hormon, kebersihan diri yg kurang baik, toksin dr pemakanan dan persekitaran. 


Golongan wanita

👉Sering jerawat keluar sebelum atau semasa haid. 


Tips utk jaga kulit berjerawat

1️⃣ Cuci muka 2 x sehari.

2️⃣ jgn picit jerawat. Boleh tertambah teruk bengkak dan merah.

3️⃣ elak sentuh muka kecuali sesudah cuci tangan.

4️⃣ urusan tekanan

5️⃣ tidur yang lena dan cukup

6️⃣ elak makan bergoreng, makanan ringab dan segera.

7️⃣ lebihkan makan sayur dan buah

8️⃣ambil suplemen yg kaya antioksidan utk mengurangkan keradangan pd kulit.

You Might Also Like

0 Comments